Tuesday, 4 September 2012
Wednesday, 15 August 2012
Saturday, 21 July 2012
Rumah penduduk bangsa Cina terkena ribut baru-baru ini di Bukit Merah dibantu.
Rumah mangsa ribut berketurunan Tionghua di Bukit Merah yang memerlukan bantuan telah dibantu oleh YB Datuk Salleh Man dengan kerjasama Pejabat Daerah SPT dalam kunjungan beliau ke sana baru-baru ini.
YB Melawat Masjid Permatang Pasir bagi membantu menyelesaikan masalah mimbar yang memerlukan bantuan.
YB Datuk Salleh Man berkunjung ke Masjid Permatang Pasir bersama dengan Pegawai dari Pejabat Daerah SPT dan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam setelah mendapat aduan mengenai keperluan sokongan terhadap mimbar yang berusia 166 tahun.
Masalah pencerobohan haiwan liar di tanah perkuburan Masjid Bukit Indera Muda,SPT di selesaikan dengan pembinaan pagar sekeliling kawasan.
YB Datuk Salleh Man telah melawat tanah perkuburan Masjid Bukit Indera Muda,SPT bersama-sama dengan Pegawai dari Pejabat Tanah dan Daerah SPT serta Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam bagi membina pagar sekeliling kawasan tanah perkuburan bagi membendung pencerobohan haiwan liar.Masalah ini telah berlarutan sejak dahulu lagi telah berjaya diselesaikan dalam tempoh yang singkat.
YB Datuk Salleh Man menziarahi mangsa ribut di Sama Gagah,Permatang Pauh.
Dalam kesibukan tugas melaksanakan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat, YB Datuk Mohd Salleh Man sempat menziarahi salah sebuah rumah yang rosak ditimpa bencana ribut di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh baru-baru ini.Beliau juga menyumbangkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung penduduk berkenaan.
Friday, 20 July 2012
Monday, 16 July 2012
Pelancaran Buku Biografi TYT Pulau Pinang
YB Datuk Mohd Salleh Man hadir pada majlis pelancaran Buku Biografi TYT P.Pinang di Perpustakaan Awam P.Pinang di Seberang Jaya baru-baru ini. Anugerah turut diberikan kepada Presiden Persatuan Melayu P.Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff, Ketua Satu Persatuan Penulis P.Pinang(2PNP), Dr. Anuar Ahmad serta Wartawan, Mohd Ali Hashim yang turut menyumbangkan tulisan beliau dalam biografi tersebut. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Menteri P.Pinang, Tuan Lim Guan Eng serta Speaker Dun P.Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.
Subscribe to:
Posts (Atom)